Hari itu hujan turun dengan lebatnya tanpa aku sedari aku telahpun sampai kepenghujung blok..Alamak! camner ni? payung xbawalar pulak iskh iskh iskh aku mengeluh! hmmm nampak gaya aku kena tunggu disini sehingga hujan reda. Sedang aku mengelamun menanti hujan berhenti aku dikejutkan dengan bunyi hon yang bertalu-talu tetiba dadaku berdebar siapa pulak yang bunyikan hon ni? macam kenal tapi siapa ya?
Woi! cepatlah apa yang ko tercegat jew kat situ hah! satu suara menjerkah...lantas aku memandang siempunya suara baru aku perasan rupa-rupanya sininja turtle yang hon kan kereta haru betul. Aku pun berlari dan menyelusup kedalam kereta sininja turtle....lega nasib baik ada mamat ni ketidak xtau sampai bila aku kena bertapa kat koridor tuuu.
Nisa..kenapa kau lambat balik ari ni? tanya sininja turtle
Ini semua bos aku punya pasal lar last minit minta aku tolong taip surat dia kalu tak tadi lagi aku dah belah tau menyampah betul!
Eh! nape kau pulak yang kena taip surat dia bukan kew dia ada setiausaha?
Memanglar dia ada setiausaha, masaalahnya setiausaha dia tu MC ari ni faham?
Owhhhhhh gitu...ingatkan kau saja nak ngurat bos kau tu hehehehehehe
Kepala hotak kau! kot iya pun aku nak ngorat xdewlar aku nak ngorat bos aku tuuuuuu pada aku ngorat bos baik aku ngorat anak dia ada faham!
bersambung.....
Kerambit Mata Tiga
Search This Blog
Friday, 22 April 2011
Wednesday, 30 March 2011
@ ILMU dijanda baik pada 29 ~ 30hb March 2011
Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH swt..dengan izinnya kursus pendek ini dapat diselesaikan dengan berjaya sekali. Syukur xterkira kerana diberi kesempatan mendengar sendiri dari yg empunya diri mengenai kes salah laku pemimpin pembangkang yang telahpun berlanjutan hingga 13 tahun lamanya. Begitu kuat arus tsunami yang melanda diri sipengarang cerita dan calang2 orang xkan mungkin dapat melepasi rintangan yang dihadapinya. Kalau dulu saya hanya dengar cerita demi cerita yang entahkan benar atau fitnah semata tapi hari ini dengan bukti dan luahrasa dari lubuk hati seorang wanita muda yg dianiya dan teraniya ini menyakinkan saya bahawa sememangnya benar segala tsunami yang melanda PP ini. Pokok xkan bergoyang jika tiada yang menggoyangkannya samaada secara semula jadinya maupun ada tangan2 yg menggoncangkan nya. Memang terasa pelik kenapa PP ni xpernah menyaman sipengarang cerita ni ya? PP ni pernah saman mantan PM kita tokoh tersohor tanah air kita ini namun xberani nak saman sipengarang cerita pelik tapi benar! Banyak lagi yang saya ingin luahkan tapi kena berhenti dulu disini..ingin menhadap pencipta yang dicintai...hingga jumpa lagi...Wassalam.
Friday, 25 March 2011
Bonda Oh Bonda
Dah 2 minggu mak gi umah my sister kat Melaka rindu rasanya. Beginilar rasa bila xdew mak disisi kan? sunyi sepi jew umah aku ni. Nak citer sikitlar aku ni hari2 bengang jew bila adik aku asyik komplain pasal budak yg numpang kat umah ni. Budak ni pun satu hal xpandai bawa diri berat mulut, berat tangan semua pun berat sebab kan dia aku yang jadi mangsa bebelan adik ngan suami mithali aku...hai apalah nasib.
25-Mar-11 - Aku keletihan
Penat tul ari ni kat office banyak keje pastu balik umah jam 9:00 mlm ada mesyuarat PPST pulak. Banyak ajenda yg dibincangkan. Jam 1:20pm aku baru balik..my hubby balik 15min after that..nasib baik :) kalu tidak kena bebel lagi aku hahaha. Apapun aku suka buat kerja2 amal ni mudah2an dapat barakah...ameen.
Monday, 14 March 2011
Sinambungan - tsunami Jepun.


Antara gambar bencana tsunami Jepun. Kalaulah kita terasa gerunnya gambar kemusnahan yang berlaku ini, tentunya tak terbayang bagaimana di akhirat nanti.
Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?
Ayat 1-6 (Surat Al-’Infi??r)

TsuNami - Jepun
Jumaat 11 Mac 2011 - Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam.Sendai terletak 400 km dari Tokyo. Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu. Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.
Air hitam
Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.
Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.
Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.
Air hitam
Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.
Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.
Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.
Friday, 11 March 2011
TsunMi DJapan...May ALLAH Bless
Japan dilanda Tsunami. Semoga ALLAH selamatkan rakyat Malaysia yang ada dikawasan yang terlibat jauhkan Malaysia dari Bencana Alam ini, AMEEN...
Subscribe to:
Posts (Atom)