Search This Blog

Friday, 22 April 2011

KeranaMu....

Hari itu hujan turun dengan lebatnya tanpa aku sedari aku telahpun sampai kepenghujung blok..Alamak! camner ni? payung xbawalar pulak iskh iskh iskh aku mengeluh! hmmm nampak gaya aku kena tunggu disini sehingga hujan reda. Sedang aku mengelamun menanti hujan berhenti aku dikejutkan dengan bunyi hon yang bertalu-talu tetiba dadaku berdebar siapa pulak yang bunyikan hon ni? macam kenal tapi siapa ya?

Woi! cepatlah apa yang ko tercegat jew kat situ hah! satu suara menjerkah...lantas aku memandang siempunya suara baru aku perasan rupa-rupanya sininja turtle yang hon kan kereta haru betul. Aku pun berlari dan menyelusup kedalam kereta sininja turtle....lega nasib baik ada mamat ni ketidak xtau sampai bila aku kena bertapa kat koridor tuuu.

Nisa..kenapa kau lambat balik ari ni? tanya sininja turtle
Ini semua bos aku punya pasal lar last minit minta aku tolong taip surat dia kalu tak tadi lagi aku dah belah tau menyampah betul!
Eh! nape kau pulak yang kena taip surat dia bukan kew dia ada setiausaha? 
Memanglar dia ada setiausaha, masaalahnya setiausaha dia tu MC ari ni faham?
Owhhhhhh gitu...ingatkan kau saja nak ngurat bos kau tu hehehehehehe
Kepala hotak kau! kot iya pun aku nak ngorat xdewlar aku nak ngorat bos aku tuuuuuu pada aku ngorat bos baik aku ngorat anak dia ada faham!

bersambung.....

Wednesday, 30 March 2011

@ ILMU dijanda baik pada 29 ~ 30hb March 2011

Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH swt..dengan izinnya kursus pendek ini dapat diselesaikan dengan berjaya sekali. Syukur xterkira kerana diberi kesempatan mendengar sendiri dari yg empunya diri mengenai kes salah laku pemimpin pembangkang yang telahpun berlanjutan hingga 13 tahun lamanya. Begitu kuat arus tsunami yang melanda diri sipengarang cerita dan calang2 orang xkan mungkin dapat melepasi rintangan yang dihadapinya. Kalau dulu saya hanya dengar cerita demi cerita yang entahkan benar atau fitnah semata tapi hari ini dengan bukti dan luahrasa dari lubuk hati seorang wanita muda yg dianiya dan teraniya ini menyakinkan saya bahawa sememangnya benar segala tsunami yang melanda PP ini. Pokok xkan bergoyang jika tiada yang menggoyangkannya samaada secara semula jadinya maupun ada tangan2 yg menggoncangkan nya. Memang terasa pelik kenapa PP ni xpernah menyaman sipengarang cerita ni ya? PP ni pernah saman mantan PM kita tokoh tersohor tanah air kita ini namun xberani nak saman sipengarang cerita pelik tapi benar! Banyak lagi yang saya ingin luahkan tapi kena berhenti dulu disini..ingin menhadap pencipta yang dicintai...hingga jumpa lagi...Wassalam.

Friday, 25 March 2011

Bonda Oh Bonda

Dah 2 minggu mak gi umah my sister kat Melaka rindu rasanya. Beginilar rasa bila xdew mak disisi kan? sunyi sepi jew umah aku ni. Nak citer sikitlar aku ni hari2 bengang jew bila adik aku asyik komplain pasal budak yg numpang kat umah ni. Budak ni pun satu hal xpandai bawa diri berat mulut, berat tangan semua pun berat sebab kan dia aku yang jadi mangsa bebelan adik ngan suami mithali aku...hai apalah nasib.

25-Mar-11 - Aku keletihan

Penat tul ari ni kat office banyak keje pastu balik umah jam 9:00 mlm ada mesyuarat PPST pulak. Banyak ajenda yg dibincangkan. Jam 1:20pm aku baru balik..my hubby balik 15min after that..nasib baik :) kalu tidak kena bebel lagi aku hahaha. Apapun aku suka buat kerja2 amal ni mudah2an dapat barakah...ameen.

Monday, 14 March 2011

Sinambungan - tsunami Jepun.




Antara gambar bencana tsunami Jepun. Kalaulah kita terasa gerunnya gambar kemusnahan yang berlaku ini, tentunya tak terbayang bagaimana di akhirat nanti.

Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?
Ayat 1-6 (Surat Al-’Infi??r)


TsuNami - Jepun

Jumaat 11 Mac 2011 - Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam.Sendai terletak 400 km dari Tokyo. Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu. Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.
Air hitam
Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.
Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.
Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.

Friday, 11 March 2011

TsunMi DJapan...May ALLAH Bless

Japan dilanda Tsunami. Semoga ALLAH selamatkan rakyat Malaysia yang ada dikawasan yang terlibat jauhkan Malaysia dari Bencana Alam ini, AMEEN...

Aduhailar Nasib......

Ingat ari ni ada berita gempak dari bos rupanya hampeh jew....hmmmm sampai laar ni gaji xmasuk lagi cedihnyer hati i ni huhuhuhu

Tuesday, 8 March 2011

8hb Mar 2011 ....sedihnyer

Hari ni dah 8hb tpi malang betul gaji xmasuk2 lagi adusssss....semakin hari semakin tension keje kat sini bukan tension pasal keje jer pasal gaji gak huhuhu...sapelar boleh tolong niiiiiii....

Monday, 7 March 2011

BN Menang D Merlimau & Kerdau...Tahniah! Tahniah! Tahniah

Kemenangan manis bagi BN di 2 DUN. Tahniah pada kedua2 calon yang telah menang dan diharap akan meneruskan perjuangan dengan telus dan jangan lupa diri.

Monday, 28 February 2011

Bukit Borga

Yesterday part's of my family go climbing Borga Hill near semenyih. I'm so sad coz i can't follow due to my knee having problem...kesian i kan. Salute to all the girls n guys they manage uphill with pride & proud sigh. Apapun  i akan pergi juga one day bila kaki dah ok..hmm nekad ni, i will go with my hubby n intan has promised to accompany me huhuhu...bless me ALLAH may my wish come true..ameen...

Saturday, 26 February 2011

Kanser Payu Dara - Masih ada yang sayang

Hari ini Sabtu, aku ngan anak saudara bawa my beloved mom gi Amanita Services Sdn Bhd nak pi ukur anak baju ngan buah dada palsu untuk dia. It's been 21 years since she had her major breast operation. Kanser payu dara penyakit yang paling ditakuti oleh kaum wanita amnyer namun ibuku seorang suri rumah bertawakkal pada Allah dan sentiasa mengikuti saranan para doktor sejak hari pertama mengetahui mengenai penyakit itu hinggalah kehari ini. My Mom mmg seorang wanita hebat, at age 74 dia masih survive dan mempunyai semangat yang cekal melalui kehidupannya. Can you people's do the same?? me my self does not too sure abt that sigh!

Terima kasih ALLAH kerana dengan limpah rahmatmu hingga kini ibuku masih bersama kami..alhamdulillah ameen..ya rabb. Terima kasih kepada Kerajaan BN dan Yayasan/Magna yang perihatin dan memberi sokongan kepada pesakit2 kanser, juga terima kasih kepada Pakar Bedah General Hospital, Ms Ooi yang telah memberi borang kepada ibu saya walaupun setelah 21 tahun namun ianya sangat bermakna. Thanks a lot to Mdm Annabel Mackenzie, the manager of Amanita Service who is so kind in servicing us today. She such a nice lady from New Zealand a very beautiful country which I admired n hopefully one day i'll be there :). Again thanks ALLAH for this lovely mom that i have ..AMEEN..

Thursday, 24 February 2011

Stress Sesangat

Sekarang ni tengah banyak keje, quote, rma blah blah blah...tension aku. Budak sengal tu pulak hari2 ajar pun xingat2 dah hampir 2 bulan aku dok ajar dia gerammmmmmm ajar batu lagi baguih kot. Hmmm nak wat camner klu dah jadi senior kenalar jadi cikgu kat ofis ni hehehehehe. Seronok juga jadi cikgu ni boleh lar aku buli bebudak baru hahaha...

Monday, 21 February 2011

KakiOhKaki

Aku dah menderita sakit tulang kaki ni lebih 2 minggu xtau camner nak buat. Ari ni aku MC nak pi jumpa doctor tapi doctor bukan leh pakai sangat  habis2 dia bagi injection jew sehari dua oklar pastu sakit ni datang balik hmmm xtaular apa nak buat. Ada kew sesiapa tau camner nak ubat tulang sakit ni hah! tolongggggg lar aku

Saturday, 19 February 2011

UmNo oh UmNo

Ari ni bos arahkan kitaowg (aku n k.long) pi PWTC belajar SijR. So bergeraklah aku ke PWTC sendirian sbb k.long dah ada sana since morning(Skuad Sayang). Dlm perjalanan aircond kete wat hal plak fuhhh panas giler der aku rasa macam nak tebakau dlm kete, peluh meleleh jer. Nasib baik jalan xjam smooth perjalanan aku alhamdulillah..ameen. Sampai jerk aku park baek punya betul2 kat menara Dato Onn xdew security kejer oklar tu hehehehe selamat. Akhirnya aku smpai kedistinasi kat Tkt37, nyaman hilang hangat hati dan suhu badan dah turun huhuhu. Awie install new version & ajar kitaowng cara2 nak gunakan system ni yg mana sebahagiannyer aku dah tau (bangga doh!). Nak citer sikit pasal politik Aku ni kerja swasta boss aku chayanunalif tapi hati dan jiwa aku jiwa mimlamyawau sebab tu aku join UMNO lama dah aku join almaklum umur pun dah veteran kan hehehe tpi hatiku muda lagi hahahahahah jangan mare ya anak2 ku nak watcamner kan! kan!. Politik masa kini banyak beza dari zaman dolu-dolu penyokong kerajaan akan sentiasa sokong kerjaan cannot say "NO" tapi heran bin ajaib zaman berubah dah, skrg org kerajaan yang dapat gaji dari kerajaan xsokong kerajaan apa dah jadi ya?? Kalau ikut fikiran aku yang xbijakni kan org kerajaan mestilah sokong kerajaan yang dah bagi kita pendapatan untuk menyara keluarga kita dulu hingga kini btul tak?? ialah kalaupun ada yang xkena dengan pimpinan kerajaan skrg kita sebagai raykat kenalar memberi komen membina agar semuanya berjalan baik untuk kita rakyat ni kan bukan dengan cara xsokong kerajaan kerana bila satu hari nnt kerajaan jatuh belum ttntu kerajaan yg baru dpt beri kita apa yg kita dpt sekarang...sebenarnya bnyk lagi aku nak katakan tapi tangan dah penat, mata pun dah penat dan aku ada keje lain nak buat...nanti aku sambung lagi ya! until then bye bye ..salam.

Friday, 18 February 2011

Suamiku Yg XSporting

Hari ni aku ada mesyuarat PPST jam 9:00mlm di Dwn Owg Rmai. Banyak perkara dibincangkan isu semasa dan setempat lepas msyrt lepak kat kedai mamak  minum smpai umah jam 1:30 hubby aku dah tercongok kat depan umah tggu aku huhuhu. Aku tanya dia watpew kat luar ni! dia boleh wat lawak bodoh kat aku kata nak antar tikar bantal kat dewan huhuhu mmglar sengal laki aku nih...nak wat camner ya...he who don't understand...sabarjewlar

Test Power

Salam, aku ni owg baru cam kata pepatah "buah cempedak atas pagar, aku baru nak belajar" hahahaha betul kew?? kowang klu terbaca blog aku ni tlglar bagi2 nasihat power & jgn lupa folow k!